Assalamualaikum, hi all.
Saya ada satu urusan rasmi di Waseda University, Shinjuku, Tokyo. Jadi di ruangan ini dikongsi pengalaman saya bersama suami di sana selama 3 hari 4 malam.
Tiket tidaklah murah sebab saya beli last minutes, kira-kira 2 minggu sebelum bertolak. MAS lebih murah sebenarnya tetapi saya mengambil kira faktor masa dan jarak, jadi terpaksa beli AirAsia. Saya mahu bertolak waktu tengahari. Tiba di Haneda airport hampir tengah malam dan train untuk ke Tokyo sudah tamat operasi, jadi terpaksa ambil teksi. Jarak Haneda airport ke Tokyo lebih dekat berbanding Narita airport. Narita airport lebih besar dan baru, flight MAS mendarat di sini. Berikut harga tiket per pax.
HND --> KUL RM949
KUL --> HND RM884
Tukaran matawang
Kami tukar RM4,030 dapat ¥130,000 (rate 0.031)
Hotel
Shinjuku adalah daerah paling sesak di Tokyo. Saya kira seperti Bukit Bintang di KL. Terdapat banyak hotel di sekitarnya. Kami memilih Nishi-Shinjuku MyStays Hotel ditempah melalui AirAsiaGo. Hotel berdekatan dengan stesen-stesen train tertentu dan dekat juga dengan beberapa tempat tarikan pelancong. Kami suka hotel ini sebab baru dan paling convenient pada kami ketika itu, dekat dengan stesen yang memerlukan kami berulang-alik ke Waseda University dan ke tempat-tempat yang ingin dilawat. Untuk 4 malam harganya RM1,349.99. Bilik agak sempit, ada wifi, toiletries lengkap, tiada sarapan tapi disediakan coffee maker di lobby. Coffee sangat sedap, must try!
Pengangkutan
Dari Haneda airport kami ambil teksi untuk ke hotel harganya ¥9,220, jarak 28km. Bila saja melepasi kastam, ikut laluan ke arah Exit dan Taxi. Di situ ada ramai yang menunggu dan seseorang yang incharge. Tunjuk alamat lengkap hotel, bila sampai pemandu akan print resit on the spot. Mereka guna meter, setakat ¥900 boleh diminta kurang atau mungkin lebih kalau pandai.
Untuk perjalanan berikutnya kami banyak menggunakan train sebab lagi jimat dan mudah. Maklumat masa, jarak, dan kos bagi setiap perjalanan boleh rujuk google maps.
Tarikan pelancong
1.
Tokyo Metropolitan Goverment Building (TMGB)
Berjalan hampir 1km dari hotel directed by google maps. Selepas sarapan ala kadar kami keluar jam 8am. Udara sangat sejuk (winter), lalulintas lancar (no traffic jam as train is main mode of transport), dan nyaman walaupun menapak jauh. Tiba di lokasi, entrance untuk ke tingkat 45 (202m) melihat pemandangan Tokyo belum dibuka, tapi sudah ramai pelancong yang beratur. Bangunan ini mempunyai 2 tower (observation deck), kami hanya naik satu daripadanya dan ianya percuma.
2.
Harajuku
Tempat ini seperti 'port' untuk remaja memperaga fesyen karektor popular filem dan animasi. Ada satu lorong tumpuan nama Takeshita Street menjual pakaian, kasut, cenderahati sepanjang laluannya, Daiso juga ada di sini. Dekat saja dengan stesen Harajuku. Di sekitarnya pula ada Yoyogi Park, taman luas dan cantik yang menempatkan temple-temple tertua. Ramai orang datang beriadah dan menonton persembahan jalanan. Berikut itinerary kami.
TMGB --walk 950m--> Shinjuku St. --train ¥140--> Harajuku St.
3.
Shibuya
Selepas merewang di Harajuku kami berjalan ke arah Shibuya, hanya 1km. Boleh naik train ke Shibuya Station dari stesen Harajuku, tiket ¥140. Kami suka menapak lenggang-lenggang kangkung menikmati udara sejuk nyaman. Di sini tarikannya adalah the world's busiest zebra crossing. Setiap minit tertentu hampir ribuan manusia melintasinya. Tempat tumpuan beli-belah juga banyak. Kami makan tengahari di restoran halal orang Turki. Sedap juga pekena nasi Arab, kebab daging, sup tomato, dan teh Arab. Harga lebih kurang RM30 per set. Kemudian kami pusing-pusing tengok baju, lepak-lepak tengok gelagat manusia Jepun, dan akhirnya kami penat. Hari hampir malam, kami terus ke stesen untuk balik ke hotel.
Shibuya St. --train ¥160--> Shinjuku St. --walk 700m--> Hotel
Dalam perjalanan balik ke hotel, tetiba salji turun. Teruja kami walaupun hanya ala-ala hujan renyai. Kalau mahu lebih perlu ke Mount Fuji, baru puas.
4. Ueno
Esoknya kami ke Ueno (utara Tokyo) setelah selesai tugasan di Waseda
University. Antara yang menjadi tumpuan adalah Ameyoko Street, berdepan dengan
Ueno Station. Di sini seperti pasar dengan lot-lot kedai setingkat,
gerai-gerai, medan selera di sepanjang laluannya. Kami makan kebab halal yang
sedap dan strawberi coklat/susu. Fridge magnet dan baju I Love Tokyo juga
murah.
5. Akihabara
Dari Ueno Station kami ke Akihabara Station. Berdekatan situ ada
banyak sangat kedai elektronik. Namanya pun Akihabara Electronic Town. Kami
masuk Yodobashi electronics store meninjau jam G-Shock, hp, camera. Apa yang
kami beli hanyalah beberapa miniature car, termasuk bullet train sebagai
kenangan. Kalau di tempat lain lebih mahal harganya. Jam 9pm kami balik ke hotel
beristirehat.
6. Gotemba
Esoknya kami ke Gotemba Premium Outlets, 110km dati Tokyo. Separuh
jalan kami naik shikansen (bullet train), separuh jalan lagi naik train biasa.
Kami ingin merasa naik shikansen tapi mahal sangat tiketnya, jadi ambil tiket
separuh jalan saja. Balik ke Tokyo kami naik bas untuk lebih jimat. Di Gotemba
Station, disediakan free shuttle bus untuk ke premium outlets. Barang-barang
berjenama seperti Coach, Timberland, Samsonite, Adidas, Tefal murah. Kami pun
beli kasut Nike dan baju GAP sebab murah berbanding Malaysia. Seharian di sini
tidak risau sebab ada surau dan medan selera, udon dan soba boleh makan. Cuaca
sangat sejuk, jelas kelihatan nafas keluar asap. Gunung Fuji tidak jauh dari
sini tapi sebab hujan tiadalah peluang melihat keindahannya. Sepanjang jalan
tadi kami menikmati keindahan kebun sayur dan sawah padi. Ternyata kawasan
pedalaman amat tenang dan saujana mata memandang.
7. Asakusa
Hari ini kami check-out hotel awal pagi. Kemudian kami ke Asakusa,
tempat di mana banyak pilihan cenderahati untuk dibeli. Dari hotel kami ke
stesen train berdekatan dan terus ke Asakusa Station. Keluar saja station akan
nampak gerbang temple warna merah. Selepas gerbang ini ada laluan menuju ke
temple. Di kiri kanan laluan dijual pelbagai cenderahati. Harga seperti di
tempat lain juga cuma di sini ada banyak pilihan.
9. Tokyo Disneyland
Sebelum ke Haneda airport kami singgah Tokyo Disneyland. Pas masuk
RM170/pax, agak mahal tapi pengalaman lagi mahal. Oleh sebab waktu ini sesi
persekolahan di Jepun mula tamat, manusia berkunjung seperti semut hurung gula.
Selama kami 4jam di situ, hanya 2 permainan yang sempat kami rasa sebab barisan
menunggu sangat panjang. Suasana sangat sesak dan rasanya tidak sepadan dengan
harga tiket. Udara pula sejuk menyegat sehingga tidak mahu keluar dari bangunan
sedangkan keseronokan ada di luar. Sampai masa kami terus ke airport menunggu
untuk balik ke KL.
Nota kaki kasut Timberland ori:
*banyak lagi tempat tumpuan pelancong selain di atas, contohnya
Tokyo Skytree di Ueno, boleh rujuk japan-guide.com
*pengangkutan tiada masalah sebab di mana-mana ada stesen train,
boleh rujuk google maps untuk itinerary
*restoran makanan halal ada di beberapa lokasi, biasanya masakan
Arab (kalau tidak ke restoran, kami beli nasi kosong di 7e atau convenience
store Jepun, makan dengan lauk segera dalam tin Adabi bekal dari Malaysia
*Disember cuaca sekitar 3'C, kulit jadi kering, bersisik, dan gatal,
kalau boleh bawa losyen selain winter coat atau baju tebal (losyen boleh ambil
di hotel)
*bawa travel adapter (DIY ada jual RM2.90) atau boleh minta di hotel
tapi terhad