Assalamualaikum,
hi all.
Kami berdua ke Ho Chi Minh,
meneroka tempat popular orang Malaysia membeli-belah. Kami pergi 4hari 3malam
cara backpackers.
Tiket
AirAsia
Untuk 2 orang pergi dan balik
dalam RM700 (termasuk insurans, pilih tempat duduk, bagasi 50kg tiket balik
saja). Murah sebab beli setahun yang lalu.
Tukaran
matawang
Tukar di Malaysia, kebetulan
ada duit yen ¥30,000
tukar kepada dollar dapat $247. Di airport Vietnam hanya tukar RM50 dulu sebab
mahukan duit kecil untuk bayar tambang bas, dapat VND270,000. Selebihnya kami tukar di money changer area Ben Thanh, lebih kurang saja kadarnya.
Hotel
Xavier
USD65 untuk 3 malam, tempah
melalui booking.com. Sangat dekat dengan Ben Thanh, makanan halal, dan pasar
malam. Ada wifi, toiletries lengkap, bilik air bersih, katanya hotel baru.
Dari airport ke hotel, kami
naik bas no. 152, tambang VND5,000. Keluar saja airport, sudah nampak bas sedang berehat. Kira-kira 30 minit menempuh traffic jam, kami
sampai di stesen bas pertama, dekat dengan Ben Thanh. Tidak perlu tekan loceng
pun. Kami berjalan ke arah Ben Thanh dan menuju ke hotel, belum 10 minit sudah
sampai. Sepanjang jalan ke hotel, orang ramai rancak berurusniaga, macam pekan
Hadyai pun ada.
Sesudah check-in, letak beg
dalam bilik, terus ke Ben Thanh. Tanpa dapat mengawal nafsu, terbang RM1,135.
Kemahiran membeli kami sukar ditafsir. Sudah banyak blog dirujuk persiap diri
supaya jangan tergesa-gesa, tinjau dulu baru beli. Tapi kami tidak dapat
menahan gelora mahukan apa di depan mata. Jangan contohi kami. Walau apa pun,
dengan apa yang kami beli, rasanya sudah murah berbanding Malaysia. Entahlah!
Malamnya kami makan di restoran
Kampung Melayu, VND200,000 untuk 2 orang set nasi ayam + baby kailan + air
putih. Sedap! Ada wifi.
Antara komen-komen kami yang banyak songeh ini,
- Tidak semua harga di sini murah. Barang hanya murah jika anda mahir tawar-menawar dan hati keras, tidak patah dengan pujuk rayu penjual. Kami kurang kudrat untuk memusing, menawar, memantau setiap kedai, bet for cheap price.
- Ada kedai yang memang murah dan harga tetap, yang ini kami sangat suka.
- Barang yang kami beli, antaranya ada di Malaysia yang harganya lebih kurang sama, cuma di Malaysia kami tidak berkesempatan untuk membeli.
- Adat penjual, biasalah, claim original, tapi tidak sebenarnya. Di tempat kita pun ada macam ini punya cara.
- Overall, makanan boleh tahan sedapnya. Kopi ais paling sedap. Tahap kebersihan seperti mana-mana negara sedang membangun yang lain juga. Lalulintas seperti di Indonesia, roundabout jadi clockwise plus anticlockwise, jadi hati-hati bila melintas. Mereka cekap, kitalah yang terkial-kial.
- Penipuan ada di mana-mana, kami sudah terkena. Kami ditegur oleh seorang pakcik jual air kelapa naik basikal. Dia ramahkan diri berkenalan dan tunjuk jalan. Kami pun tidaklah menyombong bila ditegur. Alih-alih terbang duit kami bayar air kelapa RM15 sebiji yang sepatutnya hanya RM3-4. Bila keluarkan duit dari wallet depan mata dia, belum apa-apa lagi dia terus rampas. Tidak sempat minta tawar. Jadi, kalau ada orang tegur jangan cuba layan, terus pergi dan jangan berpaling lagi, takut nanti terpedaya dengan keramahan mereka. Kami ada bersembang dengan orang Malaysia, rupanya mereka pun terkena, kes sama. Rasanya pakcik ini sudah jutawan terbilang.
Akhirnya tiba masa kami pulang ke tanahair. Bolehlah timba sedikit pengalaman di negara orang. Untuk mereka yang suka shopping, persiap diri betul-betul baru berbaloi. Hal-hal shopping sangat menarik jika barang murah harganya.


No comments:
Post a Comment